Wednesday, October 8, 2008

TANGGUNGJAWAB KEPADA SURVIVAL UMNO

Musim pemilihan UMNO peringkat cawangan telahpun berakhir.Tahniah kepada barisan kepimpinan dan perwakilan yg telah terpilih.Berbagai cerita & komen yg telah kita dengar tentang perjalanan persidangan cawangan di seluruh negara baru-baru ini.Ada yg berpendapat persidangan kali ini secara keseluruhannya merupakan yg terburuk dalam sejarah.Kita dengar politik wang berlaku dengan leluasa sekali didalam cubaan calon-calon diperingkat bahagian dan pusat, meraih sokongan untuk pencalonan dan undi.Ada juga ahli yg tidak tahu tarikh,masa & tempat mesyuarat kerana tidak menerima notis mesyuarat.Sebahagiannya tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana hanya menerima notis mesyuarat disaat akhir.Berbagai cubaan menghalang ahli dari menghadiri mesyuarat.

Apa sudah jadi?Apa yg tidak kena dengan UMNO? Rasanya UMNO sebagai sebuah parti,cukup lengkap dan sempurna dengan perlembagaan & peraturan mesyuaratnya.Tindakan pihak-pihak yg tidak bertanggungjawab ini dengan jelas telah menjejaskan imej dan reputasi UMNO yg memang sudah semakin tenat.Apakah mereka masih tidak sedar akan masalah besar yg sedang UMNO hadapi sekarang?Ia semakin dibenci oleh ahlinya sendiri.Yg bersalah sebenarnya adalah segelintir pemimpin-pemimpinnya,bukan partinya.Cakap siapa yg harus didengar?Jangan samakan UMNO dengan sebuah syarikat sendirian berhad!Ia sepatutnya menjadi milik ahli yg terdiri dari 100% orang melayu.Ahli yg menentukan siapa pemimpin yg harus dipilih.Pemimpin yg terpilih harus mengembalikan hak kepada ahli untuk menilai prestasi mereka selama mereka memegang jawatan.Peluang yg sama harus diberikan kepada orang lain sepertimana mereka mendapatkannya sebelum ini.Bukan dengan cara menggunakan taktik kotor untuk menghalang dan menafikan hak orang lain yg mempunyai niat dan objektif yg sama iaitu untuk mencurah khidmat dan menyumbangkan peranan untuk memajukan UMNO.

Sebagai sebuah parti tonggak didalam BN,UMNO tidak boleh menjadi sebuah parti yg lemah, sebaliknya mesti dikekalkan sifat dominannya.Semua maklum bahawa kekalahan BN bukan kerana kuatnya pembangkang tetapi kerana lemahnya UMNO.Cuba buat kajian sendiri,nisbah antara ahli baru berbanding ahli yg meninggalkan UMNO.Paling jelas lihatlah jumlah ahli yg menjadi korum mesyuarat berbanding jumlah keseluruhan ahli parti.Dibanyak kawasan atau cawangan,masih berdepan dengan masalah kekurangan korum setiap kali menjelang mesyuarat cawangan,malah ada cawangan yg digantung.Apakah pemimpin-pemimpin yg telah dipilih,telah menjalankan tugas yg sepatutnya?Apakah mereka ini benar-benar faham akan tugas dan peranan mereka?Atau sekadar mencari tempat atau kedudukan yg dapat menjamin masa depan mereka sendiri dengan merebut peluang-peluang perniagaan yg ada?Kalau tidak masakan mereka sanggup berhabis ribuan malah jutaan ringgit dalam usaha melobi perwakilan.Ia sudah dianggap sebagai satu pelaburan kepada mereka.Berapa pula jumlah yg sanggup mereka korbankan untuk membiayai program-program parti setelah mereka terpilih?

Apakah keupayaan atau kualiti kepimpinan wajar diukur dari segi banyaknya jumlah wang yg sanggup dilaburkan?Bagaimana halnya dgn mereka yg benar-benar ikhlas mahu berjuang untuk parti,bangsa dan negara,tetapi tidak memenuhi kriteria tersebut?Sebenarnya UMNO masih ada ramai lagi ahli yg berpotensi sebagai pemimpin dan pejuang yg dengan sengaja telah dimatikan semangatnya.Calon yg kurang berkualiti biasanya menjadi calon restu pemimpin atasannya.Biar tak cerdik atau bagus,asalkan bukan jenis yg melawan cakap.Ataupun dari kalangan mereka yg senang dibuat kira dalam urusniaga yg bakal diperolehi.

Ahli dan perwakilan harus bijak membuat pertimbangan dalam soal memilih pemimpin untuk terus menerajui parti yg amat kita sayangi ini.Bukan berdasarkan kepada siapa yg boleh hulur lebih.Bayangkan kalau anda sendiri yg menjadi calon.Tindakan negatif sepatutnya memberi mesej jelas akan objektif seseorang.Kita tidak sepatutnya ada kompromi dalam soal prinsip yg menjadi teras perjuangan parti.Calon yg dipilih mestilah dinilai dari ciri-ciri atau sifat-sifat positifnya.Terlalu banyak contoh yg kita ada dari pengalaman lalu akan kesan buruk yg timbul akibat dari kesilapan dan kealpaan kita sendiri.

Secara keseluruhannya ramai ahli-ahli UMNO yg ingin melihat perubahan,tetapi siapa yg akan membawa perubahan tersebut?Apakah kita sendiri berani untuk berubah sikap?Sampai bila perwakilan akan terus rela dimanupulasi?Apakah perwakilan tiada pendirian sendiri? Calon-calon yg menawarkan diri untuk bertanding harus tahu menilai diri sendiri sebelum mengambil keputusan untuk bertanding.Perlu ada kekuatan sendiri dari segi rekod perkhidmatan,bukan mengharapkan bantuan dan sokongan pihak-pihak lain yg berpengaruh dan mempunyai kapasiti untuk memainkan peranan mendapatkan sokongan untuk dirinya. Pemimpin atasan seharusnya bersikap terbuka dan tidak berat sebelah. Siapa pun yg bakal menang di dalam pemilihan akan berkhidmat untuk parti kerana semua calon adalah ahli UMNO. Kita bukan bertanding dengan pembangkang tetapi sesama ahli UMNO! Cuba fikirkan,siapa sebenarnya yg menjadi penyumbang besar terhadap perpecahan dalam UMNO?Kenapa ramai yg sudah meluat dengan gelagat sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO?Mereka sebenarnya tidak menolak UMNO tetapi sebahagian pemimpin UMNO. Banyak isu yg menyebabkan pemimpin UMNO tidak diterima oleh ahlinya.

Pemimpin yg memegang kuasa harus memberikan peluang dan ruang kepada ahli untuk menyuarakan pendapat dan aspirasi mereka.Biarkan proses pemilihan berlaku dgn adil.Berikan mereka pendedahan untuk mematangkan mereka didalam politik yg bakal mereka terajui di masa akan datang. Kepentingan & survival parti haruslah diberikan keutamaan, bukan kepentingan peribadi. Jangan sampai anda digelar "pemimpin UMNO terakhir" bila UMNO berkubur nanti. Kita harus berani untuk berubah.

Followers