Wednesday, October 8, 2008

TANGGUNGJAWAB KEPADA SURVIVAL UMNO

Musim pemilihan UMNO peringkat cawangan telahpun berakhir.Tahniah kepada barisan kepimpinan dan perwakilan yg telah terpilih.Berbagai cerita & komen yg telah kita dengar tentang perjalanan persidangan cawangan di seluruh negara baru-baru ini.Ada yg berpendapat persidangan kali ini secara keseluruhannya merupakan yg terburuk dalam sejarah.Kita dengar politik wang berlaku dengan leluasa sekali didalam cubaan calon-calon diperingkat bahagian dan pusat, meraih sokongan untuk pencalonan dan undi.Ada juga ahli yg tidak tahu tarikh,masa & tempat mesyuarat kerana tidak menerima notis mesyuarat.Sebahagiannya tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana hanya menerima notis mesyuarat disaat akhir.Berbagai cubaan menghalang ahli dari menghadiri mesyuarat.

Apa sudah jadi?Apa yg tidak kena dengan UMNO? Rasanya UMNO sebagai sebuah parti,cukup lengkap dan sempurna dengan perlembagaan & peraturan mesyuaratnya.Tindakan pihak-pihak yg tidak bertanggungjawab ini dengan jelas telah menjejaskan imej dan reputasi UMNO yg memang sudah semakin tenat.Apakah mereka masih tidak sedar akan masalah besar yg sedang UMNO hadapi sekarang?Ia semakin dibenci oleh ahlinya sendiri.Yg bersalah sebenarnya adalah segelintir pemimpin-pemimpinnya,bukan partinya.Cakap siapa yg harus didengar?Jangan samakan UMNO dengan sebuah syarikat sendirian berhad!Ia sepatutnya menjadi milik ahli yg terdiri dari 100% orang melayu.Ahli yg menentukan siapa pemimpin yg harus dipilih.Pemimpin yg terpilih harus mengembalikan hak kepada ahli untuk menilai prestasi mereka selama mereka memegang jawatan.Peluang yg sama harus diberikan kepada orang lain sepertimana mereka mendapatkannya sebelum ini.Bukan dengan cara menggunakan taktik kotor untuk menghalang dan menafikan hak orang lain yg mempunyai niat dan objektif yg sama iaitu untuk mencurah khidmat dan menyumbangkan peranan untuk memajukan UMNO.

Sebagai sebuah parti tonggak didalam BN,UMNO tidak boleh menjadi sebuah parti yg lemah, sebaliknya mesti dikekalkan sifat dominannya.Semua maklum bahawa kekalahan BN bukan kerana kuatnya pembangkang tetapi kerana lemahnya UMNO.Cuba buat kajian sendiri,nisbah antara ahli baru berbanding ahli yg meninggalkan UMNO.Paling jelas lihatlah jumlah ahli yg menjadi korum mesyuarat berbanding jumlah keseluruhan ahli parti.Dibanyak kawasan atau cawangan,masih berdepan dengan masalah kekurangan korum setiap kali menjelang mesyuarat cawangan,malah ada cawangan yg digantung.Apakah pemimpin-pemimpin yg telah dipilih,telah menjalankan tugas yg sepatutnya?Apakah mereka ini benar-benar faham akan tugas dan peranan mereka?Atau sekadar mencari tempat atau kedudukan yg dapat menjamin masa depan mereka sendiri dengan merebut peluang-peluang perniagaan yg ada?Kalau tidak masakan mereka sanggup berhabis ribuan malah jutaan ringgit dalam usaha melobi perwakilan.Ia sudah dianggap sebagai satu pelaburan kepada mereka.Berapa pula jumlah yg sanggup mereka korbankan untuk membiayai program-program parti setelah mereka terpilih?

Apakah keupayaan atau kualiti kepimpinan wajar diukur dari segi banyaknya jumlah wang yg sanggup dilaburkan?Bagaimana halnya dgn mereka yg benar-benar ikhlas mahu berjuang untuk parti,bangsa dan negara,tetapi tidak memenuhi kriteria tersebut?Sebenarnya UMNO masih ada ramai lagi ahli yg berpotensi sebagai pemimpin dan pejuang yg dengan sengaja telah dimatikan semangatnya.Calon yg kurang berkualiti biasanya menjadi calon restu pemimpin atasannya.Biar tak cerdik atau bagus,asalkan bukan jenis yg melawan cakap.Ataupun dari kalangan mereka yg senang dibuat kira dalam urusniaga yg bakal diperolehi.

Ahli dan perwakilan harus bijak membuat pertimbangan dalam soal memilih pemimpin untuk terus menerajui parti yg amat kita sayangi ini.Bukan berdasarkan kepada siapa yg boleh hulur lebih.Bayangkan kalau anda sendiri yg menjadi calon.Tindakan negatif sepatutnya memberi mesej jelas akan objektif seseorang.Kita tidak sepatutnya ada kompromi dalam soal prinsip yg menjadi teras perjuangan parti.Calon yg dipilih mestilah dinilai dari ciri-ciri atau sifat-sifat positifnya.Terlalu banyak contoh yg kita ada dari pengalaman lalu akan kesan buruk yg timbul akibat dari kesilapan dan kealpaan kita sendiri.

Secara keseluruhannya ramai ahli-ahli UMNO yg ingin melihat perubahan,tetapi siapa yg akan membawa perubahan tersebut?Apakah kita sendiri berani untuk berubah sikap?Sampai bila perwakilan akan terus rela dimanupulasi?Apakah perwakilan tiada pendirian sendiri? Calon-calon yg menawarkan diri untuk bertanding harus tahu menilai diri sendiri sebelum mengambil keputusan untuk bertanding.Perlu ada kekuatan sendiri dari segi rekod perkhidmatan,bukan mengharapkan bantuan dan sokongan pihak-pihak lain yg berpengaruh dan mempunyai kapasiti untuk memainkan peranan mendapatkan sokongan untuk dirinya. Pemimpin atasan seharusnya bersikap terbuka dan tidak berat sebelah. Siapa pun yg bakal menang di dalam pemilihan akan berkhidmat untuk parti kerana semua calon adalah ahli UMNO. Kita bukan bertanding dengan pembangkang tetapi sesama ahli UMNO! Cuba fikirkan,siapa sebenarnya yg menjadi penyumbang besar terhadap perpecahan dalam UMNO?Kenapa ramai yg sudah meluat dengan gelagat sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO?Mereka sebenarnya tidak menolak UMNO tetapi sebahagian pemimpin UMNO. Banyak isu yg menyebabkan pemimpin UMNO tidak diterima oleh ahlinya.

Pemimpin yg memegang kuasa harus memberikan peluang dan ruang kepada ahli untuk menyuarakan pendapat dan aspirasi mereka.Biarkan proses pemilihan berlaku dgn adil.Berikan mereka pendedahan untuk mematangkan mereka didalam politik yg bakal mereka terajui di masa akan datang. Kepentingan & survival parti haruslah diberikan keutamaan, bukan kepentingan peribadi. Jangan sampai anda digelar "pemimpin UMNO terakhir" bila UMNO berkubur nanti. Kita harus berani untuk berubah.

Wednesday, September 24, 2008

MAJLIS TERTINGGI

| | Comments (375) | TrackBacks (0) | Previous Blog


1. Perbincangan di dalam Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya rahsia. Jadi amat memeranjatkan apabila akhbar melaporkan beberapa butiran penting berkenaan mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan pada hari Khamis, 18hb September. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah laporan tersebut mendedahkan tentangan terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh beberapa ahli majlis dan desakan oleh mereka agar peralihan kuasa diadakan sebelum mesyuarat Bahagian-bahagian yang akan menamakan calon Presiden.

2. Difahamkan bahasa yang digunakan sesetengah ahli agak keras. Dato Seri Rafidah Aziz turut membangkitkan peranan yang dimainkan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan anak beliau, Kamaluddin.

3. Begitu keras bahasa yang digunakan hinggakan muka Abdullah berubah. Beliau nampak tertekan dengan desakan ahli majlis apabila Dato Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa menjadi penyelamat Abdullah, menghentikan mesyuarat. Najib berjanji untuk bercakap dengan Abdullah berkenaan hal ini.

4. Difahamkan ahli Majlis Tertinggi yang lain merasa tidak puas hati kerana sekali lagi perkara kontroversi yang melibatkan majlis dijadikan bahan perbincangan tertutup antara Abdullah dan Najib. Menidakkan hak majlis adalah sesuatu yang sering dilakukan Abdullah dan Najib. Mereka berdua akan membuat keputusan yang tidak pun memuaskan hati ahli majlis. Najib kemudian akan tekankan betapa pentingnya untuk bersatu dan setia kepada Presiden.

5. Keadaan kali ini juga sama seperti sebelumnya. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah rumit, Abdullah akan meminta nasihat keluarganya, terutama anak dan menantunya termasuk sekarang ini isterinya.

6. Umum mengetahui keluarganya mempunyai kuasa dan kebebasan untuk mempengaruhi segala keputusan-keputusan Abdullah berdasarkan kepentingan diri mereka iaitu untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang mungkin dan untuk mempastikan cita-cita politik Khairi termasuk untuk menjadi Perdana Menteri termuda.

7. Apabila tiba masanya untuk bertemu Najib, Abdullah sudahpun diberi taklimat oleh keluarganya tentang apa yang harus diperkatakan. Dan Najib akan terima apa sahaja keputusan Abdullah untuk meleraikan masalah yang timbul. Di dalam kes ini, Abdullah akan tetap dengan pendiriannya untuk kekal hingga Jun 2010 atau mungkin awal sedikit sebelumnya. Najib kemudian akan ditugaskan untuk "menjual" keputusan ini kepada Majlis Tertinggi. Dengan ini Najib akan lebih dipandang rendah oleh ahli majlis dan rakyat apabila sikapnya ini didedahkan kepada umum.

8. Apabila UMNO ditubuhkan, pemimpin terdahulu memastikan yang tidak akan ada keputusan-keputusan yang bercanggah dengan asas perjuangan parti dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Tertinggi. Apa yang terjadi kepada Dato Onn, Yang di-Pertua UMNO yang pertama merupakan contoh terbaik. Presiden tidak diturut secara buta-tuli. Sebaliknya apabila beliau mencadang sesuatu yang bercanggah dengan perjuangan parti, cadangan beliau ditolak dan sebagai seseorang yang mempunyai maruah, beliau telah mengundur diri.

9. Selama lebih kurang 50 tahun, Majlis Tertinggi memain peranan ini. Demikian apabila (Tun) Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden parti, Majlis Tertinggi yang bersidang tidak bersetuju bulat-bulat dengan Presiden, sebaliknya bermesyuarat hingga ke awal pagi dan membuat keputusan, walau apa juga pendapat Presiden, untuk menghantar satu delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli kanan majlis ke London untuk memujuk Musa menerima kembali jawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri. Musa bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden tetapi tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan itu beliau berada di landasan yang baik untuk cuba menjatuhkan saya dengan mempengaruhi Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden menentang saya. Secara kebetulan semasa berkempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau mendakwa mendapat sokongan saya.

10. Tetapi apabila Abdullah mengambil alih Presiden parti merangkap Perdana Menteri, perwatakan Majlis Tertinggi bertukar. Ianya menjadi alat peribadi Abdullah untuk melulus dan menghalalkan apa sahaja yang beliau buat.

11. Saya percaya pada hari Khamis keadaan ini telah berubah sedikit. Beberapa orang ahli telah berani meyuarakan desakan supaya Abdullah melepas jawatan awal. Sudah tentulah penyokongnya tidak beralih arah. Demikian ada kemungkinan majlis pecah dua.

12. Saya rasa ini merisaukan Najib yang hendakkan peralihan kuasa secara aman supaya parti tidak pecah-belah. Oleh itu dia akan terima apa sahaja cadangan yang membenarkan Abdullah lepaskan jawatan dengan penuh kegemilangan.

13. Malangnya Najib tidak akan capai impiannya. Tidak pernah ada Presiden UMNO yang begitu sekali dibenci rakyat seperti Abdullah. Melayu, Cina dan India, samada ahli parti komponen Kerajaan mahupun penyokongnya atau rakyat kebanyakan kesemuanya mahukan Abdullah mengundur diri. Lagi cepat lagi baik.

14. Yang mahukan beliau terus pegang jawatan adalah mereka yang kedudukan mereka bergantung kepadanya, atau mereka yang mendapt untung daripada pemberian kontrak dan sebagainya oleh beliau. Bagi sesetengah yang lain, termasuk kakitangan awam, hanya ketakutan terhadapnya yang menyebabkan mereka tidak mahu bersuara tetapi mereka tetap marah.

15. Yang peliknya ialah yang benar-benar menyokong Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah pembangkang. Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat hendakkan beliau (Abdullah) kekal sekurang-kurangnya hingga pilihanraya akan datang.

16. Tetapi ini bukanlah kerana mereka sayang kepadanya tetapi kerana mereka percaya dengan beliau mengepalai Barisan Nasional, pembangkang mempunyai peluang yang lebih cerah memenangi pilihanraya umum ke-13 dan mendirikan Kerajaan. Mereka rasakan yang mereka hampir mencapai matlamat mereka dan tidak mahu golongan yang memberontak di dalam UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP kembali kepada parti dan menyukarkan usaha mereka untuk kalahkan BN.

17. Begitulah Majlis Tertinggi yang tidakpun lagi tinggi.

Saturday, September 20, 2008

ISA (Internal Security Act)

Lately we heard many comments about ISA from both government & opposition leaders. Some people think about the NEED of it. Some people think about the USE of it. There are pros and cons on the suggestion of abolishing ISA. Does the execution or the ISA itself is a problem? What is your comments?

Tuesday, September 16, 2008

KEMPEN POLITIK

Apakah benar berkempen menjelang pemilihan, boleh membawa banyak keburukan dari kebaikan? Rasional atau tidak larangan berkempen? Tolong komen sikit!

Sunday, September 14, 2008

TUAH ATAU JEBAT?

Tindakan & pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin (TMY) patut diberikan pujian & sokongan. Sesungguhnya beliau sendiri amat maklum dan sedar akan reaksi pihak2 yg tidak bersetuju dgn tindakannya.Andaian yg dibuat oleh sesetengah pihak,mengatakan beliau tidak sabar ingin merebut jawatan tertinggi parti adalah tidak benar dan bersifat jahat.Logiknya,kalau itu menjadi keutamaan beliau, kenapa TMY sengaja nak cari pasal?Lebih baik berdiam diri saja tanpa menimbulkan kontroversi.Beliau pun mempunyai rekod yang baik,tiada isu.Bukan macam orang yang menuduhnya.Budak baru yg kemaruk.Saya berpendapat niat dan tujuannya baik.

Kenapa beliau bersusah payah memujuk Ku Li & Sabaruddin Chik berpakat bersama2 pergi mengadap Tun Dr. Mahathir dan memujuk beliau untuk kembali kepada UMNO?Apakah beliau tidak boleh membuat pertimbangan akan buruk & baiknya tindakan yg beliau ambil terhadap kerjaya politiknya.TMY sudahpun berjaya meletakkan dirinya pada kedudukannya sekarang.Beliau sedar sebarang tindakan yg diambil boleh mengundang padah.

Cuba kita fikirkan,adakah dia seorang saja yg berpendirian begitu?Rasanya ramai! Tetapi siapa yang sanggup tampil kehadapan untuk bersuara & bertindak?Atas sikap tanggungjawab yg tinggi, beliau sanggup mengambil risiko mempertaruhkan nasib & kedudukannya mewakili suara majoriti yg masih sayangkan UMNO.Walaupun dianggap tidak setia kepada Pak Lah,itu tidak bermakna beliau tidak setia kepada parti UMNO.Kesetiaan tidak boleh diukur dengan hanya mempertimbangkan kepentingan seorang pemimpin sahaja.Kepentingan ramai & agenda yg lebih besar perlu diambil kira.

Jebat tidak perlu menderhaka kalau bukan kerana kesilapan Sultan & hasutan pembesar. Tuah tidak sepatutnya membunuh Jebat kalau Sultan mempunyai pertimbangan yg rasional. Jebat tidak bersalah kalau Sultan tidak bersalah. Bagaimana kalau Jebat tahu yg Tuah masih hidup?Jebat tak jadi penderhaka. Sebaliknya,bagaimana kalau Sultan tahu yg Tuah masih hidup? Sudah barang tentu akan dipastikan Tuah mati. Kita semua tahu yg Tuah tak akan melawan! Fikirkanlah.

Wednesday, September 10, 2008

WELCOME BACK!!

Today I feel very happy to hear that our beloved TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD will be coming back to UMNO. Syukur Alhamdulillah. Let's together we accomplish the unfinished tasks. WELCOME BACK TUN!

Tuesday, September 9, 2008

PERKAUMAN (Racist)

Isu terbaru yg panas melibatkan pemimpin melayu Bukit Bendera, menerima reaksi berbeza-beza dari pelbagai pihak. Hari ini, setelah Ahmad membuat kenyataan terbuka di dalam Buletin Utama TV3, ramai yg tersentak dan menimbulkan berbagai persoalan baru yg harus dijawab dengan segera bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap UMNO,Melayu & Malaysia. Persoalannya, bagaimana semua ini boleh berlaku? Pihak manakah yg inginkan ia berlaku? Apa yg tidak kena dgn hubungan dikalangan pemimpin atasan UMNO & BN? Kenapa isu sensitif seperti ini tidak diselidik dengan terperinci terlebih dulu sebelum membuat kenyataan? Adakah kebebasan media di dalam melaporkan sesuatu berita sudah sampai ke satu tahap yg di luar kawalan? Berapa lamakah pihak kerajaan perlukan masa untuk meletakkan titik noktah?

Friday, September 5, 2008

AUKU - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

Rujuk kepada Chedet.com terbitan August,2008

Wednesday, September 3, 2008

PROTON

PROTON should not depending on domestic market and rely on government back up to survive. In order for PROTON to stay in operation, it must explore for overseas market for bigger volume of output with wider range of choices. If taxes imposed does not take into account, PROTON's car is not the cheapest in it's class.

Tuesday, September 2, 2008

DAYASAING

Untuk mengukur kedudukan & pencapaian Malaysia dibidang ekonomi, kita perlu membuat perbandingan dengan Singapore yg paling hampir dengan kita.
Apakah faktor utama terhadap pencapaian memberangsangkan Singapore?

Monday, September 1, 2008

PEMILIHAN UMNO

Assalamualaikum semua!
Selamat datang ke blog Malaysian Vote.
Sebagai membuka tirai, sila berikan pendapat anda untuk survey rambang yg mungkin akan memberikan gambaran yg jelas penerimaan atau pilihan rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu.

Sila pilih jawapan anda diruangan sebelah kanan. Undian dibuka sehingga satu tempoh yg telah ditetapkan.

Places to See

Followers